telur dadar tebal

Kadangkala mood nak makan hidangan ringkas saja pada hari ini. Oleh itu, kami nak kongsikan rahsia untuk anda buat Telur Dadar tebal dan gebu yang semestinya sedap.

Telur Dadar merupakan salah satu jenis lauk ringkas yang sentiasa menjadi pilihan ramai terutamanya buat mereka yang sibuk bekerja dan ingin bawa bekal setelah keluar rumah.

Selain dijadikan sebagai lauk, Telur Dadar juga sering digunakan oleh tukang masak di kedai sebagai hiasan untuk nasi goreng, bihun goreng, mi sup dan sebagainya.

Sebelum ini sudah sering buat versi biasa, jadi kali ini kami nak ajak anda buat Telur Dadar tebal dan gebu seperti yang dikongsikan oleh Nor Farah Atika di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Telur Masak Tomato Tanpa Bawang, Resipi Pantas Ini Dapat Pikat Selera Keluarga!

RESIPI TELUR DADAR TEBAL

telur dadar tebal

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masukkan 1 sudu besar tepung jagung ke dalam mangkuk. Letak sekadar penuh saja.

2. Selepas itu, masukkan 1 sudu besar air dan sebatikan dengan tepung tadi sampai tak berketul.

3. Kemudian, pecahkan 2 biji telur dan letakkan 2 sudu besar sos ikan (rahsia telur dadar sedap). Jika tiada, boleh ganti dengan garam, serbuk perasa, ajinomoto atau mushroom seasoning sebab sedap juga.

4. Seterusnya, kacau kuat-kuat dengan menggunakan garfu sampai adunan naik berbuih lebih kurang selama seminit.

5. Pastikan minyak sudah betul-betul panas dan masukkan telur dengan cara angkat tinggi, kemudian tuang. Jika nak telur dadar gebu dan garing, kena letak minyak lebih sedikit.

6. Selepas bahagian bawah sudah garing, boleh terbalikkan telur dadarnya. Jika belum, tunggu sampai ia garing.

telur dadar tebal

7. Akhir sekali, tunggu bahagian sebelah bawah garing lagi. Terpulang nak letak bawang, daun sup atau cili. Angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!

Oleh kerana caranya mudah dibuat, ramai yang suka makan Telur Dadar tebal ini bersama nasi panas. Apatah lagi jika letak kicap di atasnya, lebih bertambah selera.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Farah Atika

Baca juga: Telur Air Asam Terlajak Mudah Dan Sedap, Lauk Viral Ini Bikin Kecur Air Liur!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN