Kalau korang dah tak tahu nak masak apa untuk anak-anak masa PKP, boleh lah cuba masak pai Mushroom Quiche ni sangat mengenyangkan dan sedap. Bahan-bahannya pun simple je, kalau nak beli dekat luar mungkin harganya agak mahal. Jadi jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Wawa Waheeda di Cookpad.
PENULIS
najahnurul
MASAKAN
Barat
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
1 jam 30 min
PENYEDIAAN
3 orang
HIDANGAN

MUSHROOM QUICHE
Kalau korang dah tak tahu nak masak apa untuk anak-anak masa PKP, boleh lah cuba masak pai Mushroom Quiche ni sangat mengenyangkan dan sedap. Bahan-bahannya pun simple je, kalau nak beli dekat luar mungkin harganya agak mahal. Jadi jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Wawa Waheeda di Cookpad.
BAHAN-BAHAN PASTRI QUICHE
250 gram tepung gandum
170 gram butter
1/2 sudu kecil garam
2 cawan air sejuk dari peti ais
BAHAN-BAHAN INTI QUICHE
15-20 biji cendawan butang
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada benggala merah
4 biji bawang holland
4 ulas bawang putih
1 sudu lada hitam
1 sudu oregano
4 biji telur
Sedikit garam
1/2 cawan whipping cream
Minyak zaitun untuk menumis
BAHAN-BAHAN UNTUK HIASAN
Keju mozzarella parut
Kredit: Wawa Waheeda
CARA PENYEDIAAN
Masukkan tepung dan butter gaul hingga menjadi seperti serbuk roti (bread crumbs).
Tambah garam dan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
Siapkan acuan yang sudah disapukan dengan butter dan letakkan doh serta ratakan dan cucuk-cucuknya bersama garfu dan rehatkannya di dalam peti ais bahagian sejuk beku (freezer).
Siapkan inti quiche. Potong kesemua bahan dan panaskan kuali leper dengan minyak zaitun dan masukkan kesemua bahan dan masaknya sehingga layu.
Setelah kesemua bahan sudah masak, masukkan whipping cream, oregano dan lada hitam.
Selepas itu, matikan api dan masukkan telur yang telah dipukul ke dalam kuali leper tadi dan gaul rata. Letakkan di atas doh dan dan tabur keju mozzarella.
Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau mengikut oven masing-masing.
Siap dan boleh dimakan bersama sos cili.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.