Resepi donat Yunani ini pernah viral tempoh hari di Malaysia dan Indonesia. Mesti ramai bakal suka makan donat Yunani sebab nak buatnya sangatlah mudah. Donatnya lembut, topping pula boleh letak ikut cita rasa kita. Kalau yang teringin nak makan donat homemade, boleh cuba resepi mudah yang dikongsikan oleh Wak Udi di Cookpad!

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

DONUT YUNANI (LOUKOMADES)

Resepi donat Yunani ini pernah viral tempoh hari di Malaysia dan Indonesia. Mesti ramai bakal suka makan donat Yunani sebab nak buatnya sangatlah mudah. Donatnya lembut, topping pula boleh letak ikut cita rasa kita. Kalau yang teringin nak makan donat homemade, boleh cuba resepi mudah yang dikongsikan oleh Wak Udi di Cookpad!

BAHAN-BAHAN DONUT
  • 240 gram tepung serbaguna

  • 7 gram yis

  • 20 gram gula

  • 20 gram mentega cair

  • 250 ml susu panas

  • 1 sdt vanila

  • 1/2 sdt garam

BAHAN TOPPING
  • Coklat

  • Madu

Kredit:  Wak Udi

CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan bahan. Campurkan ragi dan susu panas. Biarkan dia naik tanda yis masih aktif.

  • Kemudian masukkan tepung dan kacau rata.

  • Masukkan mentega, vanila, dan garam kacau sehingga semua sebati.

  • Rehatkan selama 40 minit.

  • Setelah doh kembang, kacau sebentar dan masukkan ke dalam piping bag.

  • Panaskan minyak, potong sedikit hujung plastik, kemudian untuk mencetaknya, tekan dan gunting hujung doh. Goreng dengan api sederhana sambil sesekali dibalikkan. Bila dah nampak keperangan angkat dan tapiskan.

  • Biarkan sejuk, susun dalam bekas kertas atau kotak, kemudian tuangkan topping dengan cantik.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.