sup tulang merah

Sesiapa yang pernah bercuti ke Singapura pasti sering melihat Sup Tulang Merah dijual di kedai makan. Ia merupakan antara menu wajib dicuba jika berada di Singapura.

Hidangan ini cukup menarik perhatian dengan warna merahnya yang menawan. Jadi, tak hairanlah ramai yang terpikat untuk cuba memakannya.

Bahan utama untuk jadikan rasa hidangan ini cukup asli adalah dengan menggunakan tomato puri.

Baru-baru ini kita menyambut Hari Raya Haji, semestinya ada yang dapat tulang daripada haiwan ternakan yang dijadikan korban.

Jika teringin makan Sup Tulang Merah seperti di Singapura tapi tak kesampaian ke sana, anda boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Lailawati Ahmad di Facebook ini.

Baca juga: Rahsia Sup Tulang Lagi Sedap, Tumis Dulu Batang Saderi & Lobak Merah Yang Dikisar

RESIPI SUP TULANG MERAH

sup tulang merah

Bahan-bahan:

  • 6kg tulang kaki kambing
  • 2 cawan sos cili
  • 1 1/2 cawan sos tomato
  • 1 cawan tomato puri
  • 4 cawan cili kering kisar (nak lebih pun ikut suka)
  • 1 1/2 cawan bawang merah (bersihkan)
  • 2 hingga 3 biji bawang besar  (bersihkan)
  • Halia sebesar ibu jari kaki
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Bersihkan bawang merah dan bawang besar dan kisar. Halia dibelah dua kemudian ketuk dengan pisau besar untuk pecahkannya.

2. Basuh tulang sebersihnya dan masukkan dalam periuk yang sesuai, kemudian masukkan bahan-bahan rempah sambil letakkan sedikit garam dan gula.

3. Apabila tulang sudah hampir masak, baru perasakan lagi sama ada masin manis pedasnya cukup atau tak.

4. Letakkan sedikit air sampai tutup semua tulang-tulang tadi.

sup tulang merah

5. Masak dengan api sederhana besar selama 1 setengah hingga 2 jam sehingga daging yang ada dekat tulang-tulang tu lembut. Siap untuk dihidang!

Sup Tulang Merah ini bukan saja sedap dinikmati bersama nasi panas, malah ia juga enak dicicah dengan roti. Jika tak percaya, kenalah cuba sekali.

Maklumlah Hari Raya Haji pasti dapat banyak tulang daging korban bukan? Jika tiada idea, bolehlah cuba resipi yang mudah ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Lailawati Ahmad

Baca juga: Sup Tulang Thai Macam Dekat Kedai Siam, Sedap Hirup Kuah Panas-panas!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN