Kebanyakan kuih menggunakan telur sebagai bahan asas membuatnya, tapi ada yang pernah buat Seri Muka Gula Merah tanpa telur tau.
Seri Muka atau puteri salat ialah sejenis kuih talam dan pencuci mulut dua lapis Melayu dan Banjar dengan pulut kukus membentuk lapisan bawah dan kastard hijau di lapisan atas.
Selain perisa pandan, anda juga boleh buat kuih Seri Muka Gula Merah dengan resipi yang dikongsikan oleh Stcaldina Ismail di Facebook ini.
Resipi ini bukan saja menarik tanpa menggunakan telur, malah ia sesuai untuk mereka yang baru belajar buat kuih tradisional. Jom kita cuba!
Baca juga: Kaswi Gula Merah Versi Tahan Lama, Kena Buat Cara ‘Ini’ Baru Menjadi!
RESIPI SERI MUKA GULA MERAH
Bahan-bahan pulut:
- 1 ½ cawan beras pulut
- 1 cawan air
- ½ cawan santan
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan minyak
- Sehelai daun pandan
Bahan-bahan lapisan atas:
- 1 cawan tepung gandum
- ½ cawan tepung ubi
- 2 sudu makan tepung kastard
- 1 ½ cawan santan
Bahan-bahan kisar:
- 1 cawan air
- 1 cawan gula merah
- ½ cawan gula putih
- 5 helai daun pandan
Cara-cara membuat:
1. Gunakan loyang saiz 8×8, kukus semua bahan pulut selama 30 minit.
2. Sementara itu, blend semua bahan kisar sampai halus. Campurkan bahan-bahan kisar yang sudah ditapis dengan tepung. Kacau sampai tiada tepung yang berbintil.
3. Seterusnya, tapis adunan dan masak sekejap sampai naik wap.
4. Kemudian, tuang atas pulut yang sudah dipadatkan dan kukus selama 35 minit dengan menggunakan api besar.
5. Buka penutup, kukus lagi selama 10 minit untuk keringkan air di lapisan atas kuih. Setelah sejuk, bolehlah dipotong. Siap untuk dihidang!
Anda pasti puas hati setelah membuat resipi kuih Seri Muka Gula Merah ini. Bukan setakat hasilnya cantik, malah bahagian atasnya sangat lembut apabila dimakan.
Selamat mencuba!
Sumber: Stcaldina Ismail
Baca juga: Talam Cendol Lemak Cukup Rasa, Hasil Terbentuk Cantik Selepas Kukus