Jika anda merupakan hantu pedas, wajib cuba resipi sambal ketuk ikan bilis ini. Bila ada sambal ini, dijamin akan terus membuka selera anda. Ada sesetengah orang panggil sambal gesek. Lain negeri dan tempat, lain nama panggilannya. Tetapi cara membuatnya hampir sama saja. Yang penting kena ada cili, ikan bilis, bawang dan perahan limau.
Sambal ini dipanggil sambal ketuk atau gesek kerana semua bahan akan diketuk atau digesek menggunakan lesung sehingga hampur hancur sebelum dicampurkan dengan perahan limau. Kalau sebelum ni anda biasa makan je tapi tak tahu cara membuatnya, jom lihat resipi yang dikongsikan oleh Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas.
Baca juga: Cara Buat Sambal Kicap Power, Makan Dengan Apa Saja Pun Pasti Sedap!
1. Goreng ikan bilis sehingga rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Kemudian, goreng pula bawang putih, bawang merah dan cili padi sehingga layu.
3. Seterusnya, tumbuk semua bahan yang sudah digoreng tadi sehingga hancur. Tambahkan serbuk perasa dan gula secukupnya.
4. Perahkan limau kasturi. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit: Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas
Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…
Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…
Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…
Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…
Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…
Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…