Jom cuba resipi sambal ikan kering bunga air yang sedap dan rangup. Ikan kering jenis ini cukup sedap dimakan kosong, apatah lagi jika diletakkan sambal.
Ikan kering bunga air juga dikatakan agak mahal, namun kualiti dan rasanya yang bermutu tinggi setanding dengan harga.
Untuk memastikan ikan kering kekal rangup selepas digaul dengan sambal, ada petua yang perlu dilakukan semasa proses memasak.
Baca juga: Kruk Kruk! Ini 7 Petua Pisang Goreng ‘Super’ Rangup Walaupun Dah Sejuk
RESIPI SAMBAL IKAN KERING BUNGA AIR
Bahan-bahan:
- Ikan sate (ikan kering bunga air)
- Cili kering
- Kiub ikan bilis
- Gula halus
- Minyak masak
Cara-cara:
1. Basuh bersih dan toskan ikan bilis.
2. Goreng ikan bilis sehingga garing dan keperangan.
3. Hasilnya apabila sudah garing.
4. Sejukkan ikan bilis sementara buat sambalnya pula.
5. Untuk sambal, buang biji cili, basuh dan toskan. Jika nak sambal lebih cantik, jemur cili sehingga kering.
6. Panaskan minya, goreng cili kering sehingga garing. Hati-hati, jangan sampai cili hangus dan pahit.
7. Masukkan cili tadi ke dalam food processor atau chopper bersama dengan kiub ikan bilis dan sedikit gula halus.
8. Kisar sehingga cili hancur.
9. Panaskan minyak dan masukkan cili yang sudah dikisar tadi. Guna api kecil sahaja.
10. Sejukkan sambal terlebih dahulu supaya ikan jadi garing. Bila sambal dah sejuk, baru masukkan ikan dan gaul rata dengan cili. Nak lebih sedap, boleh tambahkan bawang goreng dan bawang putih goreng.
11. Simpan di dalam bekas kedap udara supaya tidak lemau dan kekal rangup. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: CikAyu Masfaliza Ab Jaafer
Baca juga: Rahsia Telur Dadar Rangup Macam Dekat Kedai Thai, Guna 3 Bahan Je!