sambal ikan kembung

Nostalgia sungguh lauk sambal ikan kembung ini, teringat air tangan bonda di kampung. Ia boleh dikatakan menu yang sering dimakan sewaktu membesar dulu.

Jika ada yang rindu nak makan, jom kita cuba masak sendiri di rumah menggunakan resipi perkongsian oleh Cik Ena Rahman di bawah.

Baca juga: Resipi Sambal Nasi Lemak, Nak Rasa ‘Lejen’ Kena Guna Bawang Jenis Ini

RESEPI SAMBAL IKAN KEMBUNG

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ikan kembung
  • Cabai kering* (guna jenis gemuk kalau tak nak pedas)
  • Bawang besar*
  • Bawang putih*
  • Belacan*
  • 1 asam keping
  • Gula melaka (kalau tak ada boleh ganti guna kicap)
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Serbuk cukup rasa
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto (jika suka)

Cara memasak:

  1. Lumur ikan kembung dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian goreng, angkat dan ketepikan.
  2. Kisar semua bahan yang bertanda (*). Kisar sehingga hancur.
  3. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi.
  4. Biar sekejap sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan sos cili, gula melaka, sos tiram, serbuk cukup rasa, garam, gula, asam keping dan ajinomoto.
  6. Kacau semua bahan sehingga sebati dan biarkan seketika sehingga pecah minyak.
  7. Selepas itu, boleh masukkan ikan kembung yang sudah digoreng tadi. Gaul sehingga semuanya sebati dan biarkan selama 2-3 minit.
  8. Kemudian, boleh diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih panas. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Cik Ena Rahman

Baca juga: Cara Buat Sambal Bilis Hitam, Tak Letak Kicap Tapi Tetap ‘Gelap’

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN