Sekali cuba resipi sambal balado ini pasti takkan cari resipi lain dah. Resipi asli dari Indonesia semestinya tiada tandingan! Peminat sambal wajib cuba resipi ini. Buat stok banyak-banyak simpan dalam peti ais, bila nak makan tinggal cedok saja.
Resipi ini merupakan perkongsian dari Mazlina Mazlan. Menurutnya, sambal ini bukan saja sedap tapi ianya serbaguna kerana boleh juga dibuat sebagai rencah nasi goreng.
Jom lihat bahan-bahan dan cara penyediaannya di bawah. Anda boleh ubah kuantiti bahan mengikut tahap kepedasan yang diingini.
Baca juga: Cara Buat Sambal Kicap Power, Makan Dengan Apa Saja Pun Pasti Sedap!
1. Kisar bawang besar, tomato, bawang putih, cili merah, cili padi dan belancan. Jika guna food processor, jangan masukkan air. Jika guna pengisar biasa, letakkan sedikit air sahaja. Kalau rajin, boleh tumbuk menggunakan lesung.
2. Jangan kisar terlalu lumat.
3. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar tadi. Masak sehingga airnya betul-betuk kering supaya tahan lama.
4. Masukkan gula dalam 2 sudu.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Siap! Boleh simpan dalam bekas dan masukkan dalam chiller. Tak perlu letak pada bahagian sejuk beku, boleh tahan dalam 2 minggu.
Kredit: Mazliana Mazlan
Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…
Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…
Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…
Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…
Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…
Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…