peti sejuk

Buka saja peti sejuk, mesti rasa nak tutup cepat-cepat sebab banyak barang dan nampak bersepah. Disebabkan peti sejuk merupakan tempat simpan barang makanan, ramai yang tidak berapa kisah dengan susun atur di dalamnya.

Namun, bila di fyp TikTok banyak video content tentang asmr susun atur dalam peti sejuk, membuatkan ramai yang semakin menyedari betapa pentingnya untuk sentiasa menjaga dan membersihkan peti sejuk ini supaya penyimpanan makanan lebih tahan lama.

Baca juga: Makanan Dalam Peti Sejuk Pun Boleh Basi? ‘Check’ Balik 5 Kesilapan Ini Masa Simpan

Jangan risau, seorang pengguna di Facebook telah berkongsi cara-cara untuk susun atur peti sejuk iaitu Hani Mynis. Jom kita lihat.

Cara Susun Atur Barang Dalam Peti Sejuk

1. Pasang lapik di setiap rak


Boleh pasang lapik pada setiap rak. Wallpaper pun boleh tapi jenis placemats. Mudah untuk tanggalkan setiap kali kotor (tak payah keluarkan tray).

Lagi satu, lapik jenis placemates boleh ditukar-tukar ikut selera sendiri.

2. Cari warna lapik yang terang

Tips ini berguna untuk korang kerana pemilihan lapik yang transparent supaya cahaya dapat menyinari hingga ke rak bawah.

3. Bekas makanan pilih satu atau dua warna tema


Pilih satu atau dua warna tema bekas yang nak disimpan dalam peti sejuk.

Untuk setiap bekas makanan, pilih bekas bertapak segi empat berbanding bulat kerana lagi jimat ruang dan lebih kemas dari segi visual.

4. Setiap rak tentukan nak letak apa.


Buat pengkhususan setiap rak nak letak apa. Contohnya guna masking tape untuk labelkan setiap bekas makanan.

Contoh-contohnya;

Rak pertama (pes) : untuk letak pes (contohnya pes bawang merah, cili kering, bawang putih, dan bawang putih + halia)_ letak di rak paling atas, mudah untuk diambil.

Rak kedua (today) : ini bahagian untuk letak protein yang akan dimasak untuk “hari ini”. Kebiasannya makanan protein akan diturunkan dari bahagian frezeer ke bahagian chiller.

Rak kedua (letftover) : ini bahagian untuk letak lebihan makanan. Simpan dalam bekas bertutup dan bekas microwave. Seeloknya simpan di bahagian chiller, kena makan lauk dalam masa tiga hari.

Kalau agak-agak nak simpan lama nak makan balik minggu depan ke, letak kat bahagian freezer.

Rak ketiga (makanan kering) : ini bahagian utk letak makanan kering mcm hn simpan ikan bilis, asam keping, belacan, asam jawa. Barang-barang ni sebenarnya boleh je letak luar atau dalam peti ais, takde masalah.

Rak keempat (vegetables) : utk letak sayur yang guna kan teknik rendaman dan daun-daun (kari, limau, kunyit, kesum dan lain-lain)

Vegetables drawer : tempat letak sayur yang dimasukkn dlm ziplock bag. Pastikan sayur dlm ziplock bag tak dihempap dgn sayur lebih berat atau besar.

Bahagian Pintu Peti Sejuk


Rak pertama: Kawasan paling tak sejuk. Boleh letak skincare atau telur

Rak kedua: Letak pes-pes lauk seperti pes tomyam, asam rebus, dan cili jeruk.

Rak ketiga: air minuman

Rak keempat (condiments) : Untuk letak botol sos, kicap, dan susu pekat manis.

Semoga kesemua tips ini mendapat manfaat dan selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN