Apa kata daripada terus buang roti canai yang berlebihan tu lebih baik korang pelbagaikan resepi. Sebenarnya roti canai yang sudah sejuk dan keras itu macam-macam resepi yang ada boleh buat, antaranya resepi roti canai tumis pedas sosej. Gerenti anak-anak suka makan. Jom cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Cookpad!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Mudah

FAKTA MASAKAN

10 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

ROTI CANAI TUMIS SOSEJ PEDAS

Apa kata daripada terus buang roti canai yang berlebihan tu lebih baik korang pelbagaikan resepi. Sebenarnya roti canai yang sudah sejuk dan keras itu macam-macam resepi yang ada boleh buat, antaranya resepi roti canai tumis pedas sosej. Gerenti anak-anak suka makan. Jom cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Cookpad!

BAHAN-BAHAN
  • 4 keping roti canai (Dipotong memanjang atau ikut suka)

  • 10 batang sosej (potong kecil)

  • 2 ulas bawang putih **

  • 2 biji bawang merah**

  • 1 sudu makan serbuk cili (dibancuh dengan sedikit air)

  • 1/8 lada hitam berperisa

  • 1/8 sudu lada sulah

  • 1/4 cawan air

Kredit: Julia Aleen Aireish

CARA PENYEDIAAN
  • Bahan bertanda (**) ditumbuk lumat.

  • Sosej digoreng dahulu dan diketepikan.

  • Panaskan sedikit minyak, tumis bawang dan serbuk cili.

  • Masukkan roti canai bersama dengan air serta bahan perasa dan rasa hingga secukup rasa.

  • Ambil sosej campurkan dengan roti canai di dalam kuali gaul rata dan siap.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.