PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tempe buatan sendiri (Wak Mus Tebakang Melayu)

BAHAN-BAHAN

  • 1. Gunakan tempe yang telah dihiris nipis-nipis kemudian dijemur sehingga kering dalam tempoh 2 atau 3 hari.
  • 2. Tempe yang kering tadi dikisar menggunakan pengisar biasa sehingga menjadi serbuk.
  • 3. Serbuk yang siap tadi ialah ragi tempe yang kemudiannya disimpan ditempat kedap udara.
  • 4. Ragi tempe tadi boleh disimpan lama untuk kegunaan pembuatan tempe seterusnya.
CARA PENYEDIAAN
  • Rendam 1kg kacang soya lebih kurang sehari semalam kemudian dibuang kulitnnya dengan cara meramas sehingga kacang terbelah dua.
  • Rebus kacang selama 1 jam.
  • Kacang soya yang telah direbus hendaklah disejukkan atau dikeringkan dan pastikan tiada air lagi pada kacang soya. Jika terdapat air, ia akan mengganggu proses penapaian tempe.
  • Kacang soya tadi perlu diaduk sehingga rata dengan ragi tempe yang kita telah buat lebih kurang 5 sudu besar atau boleh tambah ikut keadaan
  • Masukkan kocang soya yang telah dicampur dengan ragi ke dalam plastik, kemudian dibungkus sebaiknya.
  • Setelah itu, buat lubang pada bungkusan tadi di kedua2 bahagian bungkusan untuk menggalakkan proses pertumbuhan yis.
  • Tempe tadi disimpan ditempat yang agak panas, pastikan bungkusan tadi mendapat ruang dikedua2 belah agar proses penapaian berlaku dikedua2 bahagian.
  • Proses penapaian tempe berlaku dalam masa 2 atau 3 hari. Tahniah, tempe anda boleh dinikmati…selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN