masak main campak2 je selepas penat search dlam myresipi.com ni..tak sampai 15minit pun..ingtkan masak kicap tp bila rasa teringat mi hailam.. ^_^ enjoy..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
telur+kentang masak kicap ala hailam
masak main campak2 je selepas penat search dlam myresipi.com ni..tak sampai 15minit pun..ingtkan masak kicap tp bila rasa teringat mi hailam.. ^_^ enjoy..
BAHAN-BAHAN
- 1 biji bawang merah kecik (potong/mayang/tumbuk)
- 2 ulas bawang putih (potong/mayang/tumbuk)
- halia (dihiris)
- 1biji kentang (potong dadu)
- 1 biji telur
- 1cawan air
- minyak untuk menumis
- 1 sudu sos tiram
- 3 sudu kicap
- sedikit lada hitam dan lada sulah
- garam, gula, perasa
- mix vege
CARA PENYEDIAAN
- tumis bawang merah, bawang putih dan halia sampai naik bau atau layu.
- masukkan air dan kentang. Biar sampai empuk atau mendidih.
- tambah sos tiram, kicap, gula, garam, perasa dan lada sulah. propotion utk 6 bahan ini ikut selera masing2.
- pecahkan telur dan biar seketika. kemudian masukkan mix vege dan lada hitam. kacau dan tutup api.
- note: kalau pakai kicap masin, tak perlu pakai garam dan seimbangkan rasa guna gula. kalau pakai kicap lemak manis, seimbangkan rasa dengan garam. guna lada hitam serbuk atau biji(ditumbuk) sedikit sahaja utk elak pedas.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.