Homemade fishball sup ni sedap dan sihat sebab menggunakan ikan fresh dan ia tidak mengandungi MSG.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

? Sup Kubis Bebola Ikan Delah ?

Homemade fishball sup ni sedap dan sihat sebab menggunakan ikan fresh dan ia tidak mengandungi MSG.

BAHAN-BAHAN

  • Beberapa ekor ikan delah yg telah dibersihkan
  • Sedikit tepung kanji
  • 2-3 biji bawang putih (diketuk)
  • ¼ kubis (dihiris)
  • 6 cawan atau 1.5 liter air
  • Sedikit lada sulah (blackpepper powder)
  • Daun sup/ daun bawang (jika suka),
  • Sedikit minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Resipi ini saya menggunakan 7 ekor ikan delah yg bersaiz kecil. Terpulang ye berapa ekor nk masak, lagi banyak lagi sedap dan boleh makan beramai-ramai.
  • Isi ikan diasingkan dgn mengguna pisau yg tajam. Tumbuk isi ikan bersama sedikit garam. (saya tkde batu lesung jadi saya guna ‘manual mixer’ saje).
  • Tulang ikan tadi usah dibuang. Boleh digunakan, jadi ketepikan dahulu ok.
  • Campurkan tepung kanji pada isi ikan yg ditumbuk tadi. Bulat-bulatkan menjadi bola-bola ikan dan rendam di dalam mangkuk berisi air. Dalam proses membuat bola-bola ikan, tekan-tekan isi ikan. Kalau ada tulang ikan, buangkan.
  • Tumiskan bawang putih.
  • Masukkan kubis yg dihiris dan kacau seketika.
  • Tuangkan air dan bola-bola ikan tadi dan biarkan hingga mendidih. Taburkan sedikit garam untuk perasa.
  • Masukkan tulang ikan tadi dan biarkan hingga masak. Kacau perlahan-lahan supaya tulang ikan tidak hancur.
  • Matikan api. Taburkan sedikit lada sulah dan daun sup/ daun bawang (jika suka). Selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN