Resipi Kakak..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Siakap Stim Asam Boi

Resipi Kakak..

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor Ikan siakap ( ikan merah pun boleh)
  • Air asam jawa secukupnya – untuk membilas ikan
  • 2 batang Serai (hiris halus²)
  • 5 biji Cili padi (potong²)
  • 2 inch halia (mayang)
  • 3 sb sos tiram
  • 3 biji asam boi (putih)
  • Sebiji lemon (separuh di potong nipis dan separuh lagi diambil jusnya)
  • 5 tangkai bendi (dipotong sedikit hujung dan pangkalnya)
  • ½ batang lobak merah (potong memanjang)
CARA PENYEDIAAN
  • Basuh ikan siakap ngan asam jawa untuk hilangkan bau hanyir…basuh bersih².
  • Lumurkan ikan ngan sedikit garam dan sos tiram..Perap seketika.
  • Letakkan ikan di dalam plate tahan panas dan taburkan halia, serai, Cili, Sos tiram, Jus Lemon, asam boi dan sos ikan (jika suka)
  • Letakkan juga bendi, lobak merah dan hirisan lemon di tasnya.
  • Kukus ikan selama lebih kurang 15~20 min /sehingga masak bergantung saiz ikan.
    Sedia dihidang…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN