Dapat resipi dari suratkhabar…nama kat situ pati makanan laut tapi saya ubah jadi nuget…hehe..popular sikit. Resipi dari Jacobs..menarik, anak-anak memang suka.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Seafood Nugget

Dapat resipi dari suratkhabar…nama kat situ pati makanan laut tapi saya ubah jadi nuget…hehe..popular sikit. Resipi dari Jacobs..menarik, anak-anak memang suka.

BAHAN-BAHAN

  • 150gm udang-cincang halus
  • 300gm isi ikan putih seperti jenahak/dori-cincang kasar
  • 100gm biskut kraker-ramas halus
  • 1/4 cawan bawang besar cincang halus
  • 1 biji telur-pukul sikit
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh lada sulah
  • 2 sudu besar daun bawang cincang
  • 2 sudu besar daun ketumbar-cincang halus
  • 1 biji cili merah, buang biji-cincang halus
  • Minyak untuk goreng
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan udang dan ikan dalam mangkuk bersama 2/3 dari serbuk kraker, bawang, telur, daun bawang, daun ketumbar, garam, lada sulah dan cili.
  • Gaul semua sebati, bulat-bulatkan dan leperkan sedikit.
  • Salut dengan lebihan serbuk kraker tadi dan goreng hingga masak kekuningan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN