resipi dari mertua. masakan tradisional org bawean (boyan) dan enak dimakan dgn roti. biasanya dihidangkan di waktu perayaan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

? Sayoran ?

resipi dari mertua. masakan tradisional org bawean (boyan) dan enak dimakan dgn roti. biasanya dihidangkan di waktu perayaan.

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg daging (jenis daging kari)
  • ½ kg tomato (dibelah 4 atau 5)
  • ½ kg kucai (dipotong-potong, buang bahagian putih)
  • ½ kg bawang besar (hiris)
  • 2-3 sudu cuka
  • ½ botol kicap manis cap Kipas Udang
  • 5-6 biji bunga cengkih
  • 6 biji bawang putih
  • halia sebesar ibu jari
  • 16 biji buah pelaga
  • 1 paket kecil serbuk campur jintan kasar dan ketumbar
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • Ajinomoto untuk perasa (jika suka)
  • minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Bawang putih, halia dan buah pelaga dikisar halus, kemudian dikisar dgn serbuk campur jintan dan ketumbar.
  • Ambil sedikit bawang besar yg dihiris dan tumis bersama rempah yg dikisar tadi hingga garing.
  • Masukkan daging, gaul dan tutup periuk. Biarkan sebentar.
  • Selepas itu, masukkan kucai, hirisan bawang besar dan tomato. Masukkan 2 atau 3 sudu cuka dan tuangkan kicap. Taburkan gula, ajinomoto, garam dan bunga cengkih. Kacau seketika dan tutup periuk.
  • Masak hingga daging empuk. Masakan ini sesuai dihidangkan dgn roti. Selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN