Sangat mudah disediakan dan lazat..sangat sesuai untuk sarapan pagi atau bagi mereka yg berdiet.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Roti Telur Nyummy…
Sangat mudah disediakan dan lazat..sangat sesuai untuk sarapan pagi atau bagi mereka yg berdiet.
BAHAN-BAHAN
- 1 bungkus roti potong (gardenia).Guna dlm 7-8 keping.
- 1 bungkus daging burger ayam (Ramly).Guna dlm 3-4 keping
- 1 ulas bawang besar dihiris nipis / dadu
- 1 tangkai daun sup di potong halus.
- 2-3 biji telur ayam (ikut size)
- Sedikit serbuk lada hitam (kalau suka pedas letak lebih)
- Sedikit serbuk lada putih
- Sedikit air sejuk / masak
CARA PENYEDIAAN
- Masak daging burger secara separuh masak sahaja.Kemudian toskan minyaknya.
- Gunakan lebihan minyak di atas untuk menumis bahan-bahan yg lain.Gunakan sedikit sahaja.
- Masukkan bawang,tumis sehingga naik bau dan wangi serta kekuningan.Masak menggunakan api yg sederhana.
- Masukkan serbuk lada putih dan lada hitam.Gaul sebati bahan-bahan tersebut.
- Masukkan daun sup untuk menambah aroma yg wangi dalam bahan masakan.
- Akhir sekali angkat bahan-bahan tersebut dan sejukkan sebentar.Sambil itu potong daging burger secara memanjang.
- Letakkan daging burger secara menyerong kerana mudah untuk digulung bermula dengan bentuk segitiga.Letakkan bahan-bahan yg telah ditumis tadi di atas daging burger.
- Awas,jangan letak terlalu banyak bahan kerana susah untuk di gulung.Basahkan hujung roti dengan air untuk melekatkannya.
- Ulang proses ini sehingga selesai.Seterusnya,sapu telur di bahagian luar roti.Panaskan kuali dan boleh di bakar / goreng roti tersebut.
- Akhir sekali,sapu roti dengan sos cili untuk kelihatan menarik atau untuk extra pedas.Lebihan telur jangan dibuang.Boleh buat telur dadar. Selamat mencuba…
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.