Popular di Selatan Thai dan negeri-negeri di Malaysia yang bersempadan dengan Thai seperti Kedah, Perlis dan Kelantan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

PULUT AYAM BEREMPAH

Popular di Selatan Thai dan negeri-negeri di Malaysia yang bersempadan dengan Thai seperti Kedah, Perlis dan Kelantan.

BAHAN-BAHAN

  • 500gm beras pulut – direndam
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 ekor ayam – dipotong kecil
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • Dikisar atau ditumbuk lumat
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 2cm halia
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • Bahan sampingan
  • Bawang merah goreng – untuk ditabur atas pulut
  • Sos cili Thai secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • 1. Basuh beras pulut, simpulkan daun pandan dan kukus hingga masak. Ketepikan seketika. Selalunya beras pulut direndam terlebih dahulu selama 3 hingga 4jam sebelum dikukus. Tips : untuk mempercepatkan proses tersebut, rendam beras pulut dengan air mendidih selama 15 ke 20minit toskan dan boleh terus dikukus.
  • 2. Gaul ayam dengan bahan tumbuk, rempah kari, serbuk kunyit, garam dan tepung beras. Perapkan dalam 10minit, panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Angkat dan toskan.
  • 3. Goreng bawang merah sehingga kekuningan dan angkat. Pulut ayam lebih enak dimakan bersama-sama bawang goreng yang dihasilkan sendiri.
  • 4. Hidangkan pulut kukus bersama ayam goreng, taburan bawang goreng serta sos cili Thai.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN