Bagaimana cara nak masak Puding Warna Warni?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Warna Warni

Bagaimana cara nak masak Puding Warna Warni?

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket serbuk agar-agar (10 g) 
  • 1 liter air 
  • 2 cawan gula kastor 
  • 1 tin susu cair (400 ml) 
  • 1 cawan tepung kastard 
    (Tepung kastard dibancuh dengan susu cair)
  • 1 sudu teh Nescafe 
  • 1 sudu makan air suam 
    (Nescafe dibancuh dengan air suam)
  • Pewarna merah dan hijau
CARA PENYEDIAAN
    1. Masakkan serbuk agar-agar, air dan gula kastor sehingga hancur. 
    2. Masukkan bancuhan susu cair dan tepung kastard. Kacau sehingga 
      sedikit pekat. 
    3. Asingkan adunan kepada 4 mangkuk. 
    4. Masukkan bancuhan Nescafe ke dalam satu mangkuk. 
    5. Masukkan pewarna hijau ke dalam satu mangkuk dan kacau rata. 
    6. Kemudian masukkan pewarna merah ke dalam satu mangkuk dan kacau rata. 
    7. Biarkan satu bahagian pada warna asal (kuning kastard). 
    8. Lapiskan perlahan-lahan adunan Nescafe ke dalam acuan warna merah, hijau, dan adunan kastard. 
    9. Biarkan adunan keras sebentar. Sejukkan di dalam peti sejuk dan boleh dipotong. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN