Enak untuk minum petang

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Roti (Bakar) Bersama Sos Kastad

Enak untuk minum petang

BAHAN-BAHAN

  • Bahan-bahan Puding Roti
  • Bahan A
  • 8-9 keping roti
  • * 500 ml susu segar
  • * 4 sudu besar gula halus
  • * 2 biji telur
  • * 1 sudu teh esen vanilla
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar butter – cairkan
  • 2 sudu besar kismis
  • 2 sudu besar dark chocolate chips
  • 2 sudu besar white chocolate chips
  • 2 sudu besar oat
  • 1 sudu tepung jagung
  • Bahan B
  • 1 sudu besar kismis
  • 1 sudu besar Cranberries kering
  • 1 sudu besar dark chocolate chips
  • 1 sudu besar white chocolate chips
  • 1 sudu besar almond cincang
  • Untuk Sos Kastard
  • 1/2 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 1 1/2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula halus
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan bahan-bahan yang bertanda * kedalam mangkuk kacau sebati.
  • Kemudian koyak-koyakkan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi. Biarkan roti terendam seketika agar bahan-bahan td meresap pada roti.
  • Masukkan kismis, chocolate chips dan butter cair ke dalam mangkuk td. Gaul sebati semua bahan A tersebut dengan spatula. Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
  • Setelah itu taburkan bahan B diatas adunan.
    Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit (Ikut la oven masing-masing ye, i bakar pada suhu 150 C sbb 180 C nt hangus)
  • Sementara menunggu puding masak bole la sediakan sos kastad. Mudah je campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
  • Bila puding da masak biarkan sejuk kemudian simpan seketika dalam peti sejuk baru sedap dimakan..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN