Rasa masam manis buah peach disulami aroma karamel..mmg sedap dimakan time cuaca panas.Seuai juga dijadikan juadah berbuka puasa
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Puding Peach Berkaramel
Rasa masam manis buah peach disulami aroma karamel..mmg sedap dimakan time cuaca panas.Seuai juga dijadikan juadah berbuka puasa
BAHAN-BAHAN
- Bahan-Bahan A (Gula Hangus)
- 2 sudu besar gula pasir
- Bahan-Bahan B (Puding)
- 1 paket agar-agar serbuk 10g
- 31/2 cawan air
- 1 tin buah peach (Asingkan buah dan air)
- Jus/air dari buah peach
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 tin susu cair
- 1/4 cawan tepung kastard
- 1 sk esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
- Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang (LiNa Pg guna saiz 9in), guna api kecil masak hingga gula menjadi perang dan cair, kemudian ratakan keseluruhan loyang.
- Susun buah peach ke atas gula hangus tadi.Ketepikan
- Satukan semua bahan B.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
- Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api
- Tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus dan susunan buah peach tadi.
- Tuang dengan cermat dan berhati2 supaya buah peach tidak terapung
- Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan hingga puding mengeras.
- Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.
- Note lina pg
Puding ni sangat sedap dimakan bila sejukkan dalam peti ais.Buah peach boleh jg disusun selepas puding mengeras.Terpulang kepada cara masing2
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.