masakan kelantan,

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Kerabu Kelate

masakan kelantan,

BAHAN-BAHAN

  • 3-4 pot beras
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2 ekor ikan kembong (rebus)
  • 5 ulas bawang merah
  • 1/3 keping gula melaka
  • sedikit lada hitam
  • 1 inci halia
  • daun kesom
  • kacang panjang
  • kubis
  • taugeh
  • cili padi
  • 1 biji limau nipis
  • cuka
  • budu
  • 1 sudu besar gula
CARA PENYEDIAAN
  • Basuh beras dan masak seperti biasa. Kalau suka, boleh tambahkan sedikit pewarna. (Biasanya nasi kerabu berwarna biru @ kuning).
  • Untuk sambal kelapa : Tumbuk bawang merah dan halia sehingga lumat, masukkan lada hitam, tumbuk lagi dan masukkan gula melaka dan gula. Seterusnya masukkan ikan yang telah direbus dan dibuang tulang. Tumbuk sehingga lumat dan sebati semua bahan2 tadi. Ketepikan
  • Goreng kelapa parut sehingga agak keperang-peranggan. setelah itu, masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan bahan2 yang ditumbuk tadi. Gaul sehingga semua bahan sebati dengan kelapa goreng.
  • Untuk kerabu: Potong kacang panjang, daun kesom dan kubis. Gaulkan sekali dengan taugeh.
  • Untuk Sambal cili: Tumbuk cili bersama sedikit gula dan garam. Perahkan limau nipis dan masukkan sedikit cuka.
  • Akhir sekalisa, hidangkan nasi kedalam pinggan, letakkan sambal kelapa, kerabu, sambal cili dan budu. Untuk lebih sedap, makan bersama daging panggang, telur masin dan keropok. SELAMAT MENCUBA
  • Klik untuk isi cara-cara di sini

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN