Mee bandung resepi arwah mak den…sajian hebat sejak kecil..hehhee cubalah..pasti terangkat…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Bandung Selera Den

Mee bandung resepi arwah mak den…sajian hebat sejak kecil..hehhee cubalah..pasti terangkat…

BAHAN-BAHAN

  • 1bungkus – Mee kuning
  • 1 kg – tulang lembu ( direbus sampai isi nya empuk n lembut – dlm 1-2 jam rebus)
  • udang besar n sotong segar – terpulang nk letak byk mana
  • 6 ulas bawang putih, 1 labu bwg besar, sedikit buah keras, segenggam udang kering – dikisar halus
  • 4 sudu bsr -cili giling ( nk guna cili krg yg diblend sendiri lg bgs n ikut citarasa nk pedas tahap mana)
  • 3 kpg – tauhu putih (dihancurkan)
  • carrot, bunga kobis dan sawi
  • telur ayam
  • sos cili, sos tiram
  • garam n gula secukup rasa
  • fishball n fishcake- dihiris nipis dan digoreng ( untuk tabur)
  • 1-2 sudu – tpg jagung yg dibancuh dgn air
  • cili padi – diketuk sebiji2..( ikut nk kepedasan tahap mana)
  • daun sup, daun bwg n bwg goreng dan hirisan limau – utk hiasan tabur atas mee bandung
CARA PENYEDIAAN
  • Mula-mula panaskan minyak masak dan tumis bahan2 yg dikisar halus tadi sampai naik bau
  • Kemudian masukkan cili giling or cili yg dikisar halus dan tumis sampai pecah minyaj
  • Lepas tu, masukkan tulang lembu yang telah direbus empuk bersama air rebusannya..agak2 nk kuah byk mana yea
  • Kemudian masukkan pula sos cili, sos tiram, garam dan gula sikit ikut citarasa masing2…
  • Masukkan juga tauhu soya yg telah dihancurkan
  • Letak carrot n bunga kobis n cili padi yang telah diketuk
  • pecahkan telur ayam 1 persatu dalam kuah yg sdg menggelegak tu
  • masukkan udang n sotong segar dalam kuah ( udang n sotong jgn masak lama..sbb nanti hlg protein dia n sotong jd liat)
  • Last, curahkan tepung jagung yg telah dibancuh dgn air dan kacau sebentar n leh tutup api
  • Sementara itu, sajikan mee yg telah dicelur ke dalam pinggan…Tuangkan kuah mee bandung yang telah dimasak tadi..taburkan bersama fishball dan fishcake yg digoreng tadi bersama daun sup, daun bwg beserta bawang grg n hirisan limau..makan masa panas2…wallaaa terangkat weiiii

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN