Resipi ni dapat dari televisyen… dah cuba pagi tadi, sedap!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Meat Pie

Resipi ni dapat dari televisyen… dah cuba pagi tadi, sedap!

BAHAN-BAHAN

  • 1 sudu kecil minyak zaitun
  • ½ bawang besar (saiz kecil), dicincang
  • 250g daging, dicincang
  • 1 sudu besar pes tomato
  • ½ cawan sayur campuran (yang beku)
  • ½ cawan stok lembu
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
  • 3-4 keping puff pastry
CARA PENYEDIAAN
  • Pastri: Panaskan oven pada suhu 170C. Potong pastri dengan pemotong biskut yang bulat (8-10cm) kemudian masukkan pastri yang dipotong ke dalam acuan muffin. Bakar selama 20 minit. Keluarkan dan diketepikan.
  • Inti: Panaskan kuali, masukkan minyak dan goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan daging, goreng sehingga masak. Masukkan pes tomato, sayur campuran, stok, garam dan lada hitam. Masak dengan api kecil sehingga kuah jadi pekat. Biar sejuk sikit sebelum isi dalam pastri.
  • Ambil 1 sudu besar inti daging, masukkan ke dalam pastri yang telah dibakar. Kemudian, letak 1 sudu besar kentang lecek (‘mashed potatoes’) ke atas inti daging tadi.
  • Taburkan sedikit lada hitam di atas, kalau suka boleh bakar dalam oven (200C) selama 10 minit sebelum dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN