Kami di Heinz percaya makanan hebat adalah hidangan dari rumah. Cipta ‘Saat Gembira’ dengan Heinz hari ini. Resepi kami ringkas dan istimewa. Penyediaan hanya 15 minit dan empoh memasak cuma 30 minit.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Barat

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lempeng ‘Seafood’ Heinz

Kami di Heinz percaya makanan hebat adalah hidangan dari rumah. Cipta ‘Saat Gembira’ dengan Heinz hari ini. Resepi kami ringkas dan istimewa. Penyediaan hanya 15 minit dan empoh memasak cuma 30 minit.

BAHAN-BAHAN

  • 200g tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 50 ml air
  • ½ sudu kecil garam
  • ¼ sudu kecil lada putih
  • 1 sudu besar Heinz Original Mayonnaise
  • Bahan-bahan A:
  • 100g kubis, dicincang halus
  • 2 batang daun bawang, potong memanjang 4cm
  • ½ lobak merah, dikupas dan dicincang
  • 12 ekor udang saiz sederhana, biarkan berkulit
  • 1 ekor sotong segar, potong jalur
  • 2 sudu besar minyak
  • Heinz Original Mayonnaise & Heinz Chilli Sauce untuk menghidang
CARA PENYEDIAAN
  • Kacau adunan sehingga sebati. Masukkan semua bahan-bahan A dan gaul rata.
  • Panaskan minyak dalam kuali tidak melekat, dan tuangkan campuran adunan, bentukkan menjadi lempeng dan goreng sehingga perang keemasan. Terbalikkan lempeng dengan berhati-hati dan biarkan sehingga masak.
  • Letakkan sedikit Heinz Original Mayonnaise & Heinz Chilli Sauce ke atas lempeng secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN