resepi buatan sendiri… siap dalam masa 30minit je. termasuk masa mengukus ketam.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

ketam goreng bercili Puteri

resepi buatan sendiri… siap dalam masa 30minit je. termasuk masa mengukus ketam.

BAHAN-BAHAN

  • 2 ekor ketam bunga bersaiz L
  • 15 tangkai cili kering (ditumbuk)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 3 biji bawang putih ( dicincang halus)
  • 1 labu bawang besar (dipotong halus)
  • 1cm belacan (ditumbuk bersama cili kering) (pilihan)
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu gula, garam dan serbuk perasa.
CARA PENYEDIAAN
  • kukus ketam selama 20 minit sehingga bertukar warna ( sementara menunggu ketam masak, bolehlah menyediakan bahan-bahan lain)
  • panaskan minyak masak kedalam kuali dan tumis serai, bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
  • masukkan cili kering yang telah ditumbuk bersama belacan tadi dan kacau hingga naik minyak. kemudian masukkan sos tiram.
  • masukkan air asam jawa dan kacau sehingga tumisan hampir kering
  • masukkan gula, garam dan serbuk perasa.
  • masukkan ketam dan gaul hingga rata dan meresap.
  • sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas… sodap..hehe

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN