Bagaimana cara nak masak Kek Pisang Gebu?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Pisang Gebu
Bagaimana cara nak masak Kek Pisang Gebu?
BAHAN-BAHAN
- 3 biji pisang
- 180 g mentega
- 160 g gula perang
- 3 biji telur
- 1 sudu teh esen pisang
- ½ cawan susu segar
- 1 biji pisang (bahan hiasan)
- 250 g tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat
Bahan A
Bahan B (Diayak)
CARA PENYEDIAAN
- Lenyek pisang sehingga hancur. Ketepikan.
- Pukul mentega dan gula perang sehingga gebu dan ringan.
- Masukkan telur satu per satu dan esen pisang. Kacau supaya sebati.
- Masukkan susu segar dan kacau lagi.
- Masukkan pula pisang berselang-seli dengan semua bahan B. Kacau rata lagi.
- Masukkan ke dalam loyang yang sudah dilapikkan kertas. Hiris bulat 1 biji pisang. Hiaskan adunan dengan hirisan pisang.
- Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180°C api bawah sahaja selama 1 jam.
- Sejukkan dan sedia dihidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.