Kek yg baik utk kesihatan sebab guna kurma, tanpa telur dan butter… biasa buat kek kurma anak2 x sentuh jd bila buat yg coklat, sekejap je dah licin.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Asian
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Kurma Coklat
Kek yg baik utk kesihatan sebab guna kurma, tanpa telur dan butter… biasa buat kek kurma anak2 x sentuh jd bila buat yg coklat, sekejap je dah licin.
BAHAN-BAHAN
- Bahan A (Dikisar)
- 3/4 cawan buah kurma basah yg dibuang biji
- Sedikit air utk mengisar
- Bahan B (Diayak)
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar serbuk koko
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh soda bicarbonate
- Bahan C (Disatukan)
- 3/4 cawan susu segar/uht
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan minyak sayuran
- 1 sudu teh esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan oven. Satukan kesemua bahan A, B dan C ke dalam mangkuk.
- Kacau hingga sebati dan pastikan tidak berketul.
- Masukkan ke dalam loyang yg telah digris dan bakar dengan suhu 160 c selama 40 min.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.