memang sodap yang amat…24 taun cari resepi nih..raso macam eskerim..resepi nih diolah dari resepi yang hambo jumpo lam tenet

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek keju nenas tak perlu dibakar

memang sodap yang amat…24 taun cari resepi nih..raso macam eskerim..resepi nih diolah dari resepi yang hambo jumpo lam tenet

BAHAN-BAHAN

  • 1 tin nenas dalam tin.(ambil isi sahaja)
  • 2 sudu plain gelatin cap nor
  • 1/2 cawan air panas.
  • 3 biji kuning telor sahaja.
  • 1 sudu serbok limau cap knorr
  • 1 sudu kecil essen vannila
  • 3 sudu gula.
  • Secubit garam.
  • 2 pek cream cheese.
  • 2 sudu besar susu pekat.
  • GUNA BEKAS KEK YANG BULAT YANG BOLEH DITANGGAL2KAN DINDINGNYE TUH..saiz 24cm
  • 20 ketul biskut choklat jenis oreo atau apa saja yang anda suka.(hancurkan dalam pengisar)
  • 1/3 ketul butter yang saiz kecil.(cairkan dalam periuk)
CARA PENYEDIAAN
  • Mula2 masukan gelatin kedalam air panas, kacau biar ia larut.
  • Sediakan blender yang saiz agak besar..pastikan blender tuh bukan yang digunakan untuk blender cili…kalau tidak kek anda akan podeh..
  • Ambil bekas kek,lapik dasarnya dengan kertas minyak begitu juga keliling dindingnya. Biskut yang dah hancur tadi gaulkan dengan butter cair sebati. Bubuh dalam bekas kek rata2kan dan tekan2 kemas. Simpan dalam peti sementara nak buat bahagian atasnya.
  • Blender cream cheese dengan kuning telor sampai agak kembang,masukan nenas blender lagi kemudian masukan bahan2 lain dan blender lagi sampai kembang..tak perlu lama2.
  • Masukan adunan yang dah diblender tadi kedalam mangkok, dan jika anda suka gaul kedalam hirisan kecil2 nenas dalam tin(perlu beli setin lagi jika nak buat nih tapi tak perlu buboh semua)
  • Tuang adunan itu kedalam bekas kek yang tadi dan masukan kedalam freezer 2jam dan kalau dah agak2 keras hias atasnya ikut suka anda, masukan balik dalam freezer 1hari pastu baru belasah.
  • Jika anda bujang jangan kongsi dengan sapa2 dan jika anda berkeluarga makan dengan famili jer..mahalllll cheese tuhhh…hamba pun tak berapa tergamak nak makan banyak bila tengok anak2 makan..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN