Salin dari tv-anna olson-sugar,tapi bahan2 main agak2 jer…jadi la pulak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek choklat yogout.

Salin dari tv-anna olson-sugar,tapi bahan2 main agak2 jer…jadi la pulak.

BAHAN-BAHAN

  • 2 keping choklat masakan.
  • 4 sudu yogout.
  • 400gram tepong berprotin tinggi.(tepong mahal)
  • 3 sudu kecil baking powder.
  • 1 buku butter-250gm.(suhu bilik)
  • 6 biji telor gred B atau 5 biji gred A.
  • 1 cawan gula perang.(susah2 gula biasa jer)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
  • Mula2 cairkan choklat samada guna mikrowave oven atau letak coklat dalam periuk yang kemudian diletak dalam periuk lain yang berisi air mendidih. Bila dah cair boh yogout dan kacau.(tak ada yogout boh susu pekat jer dan tambah 2 3 sudu air bagi cair sikit).
  • Dalam bekas lain putar butter dengan gula perang kemudian masukan telor satu satu. Tengok dalam tv dia guna hand mixer-senang. Putar bagi kembang dan boh esen vanilla.
  • Pastu boh choklat tadi dan putar lagi. Tepong dan baking powder diayak bersama supaya bergaul mesra(bob). Masukan tepong sedikit demi sedikit sambil putar. Adunan ini akan jadi agak likat kerana mungkin tepong banyak…mulanya hamba agak risau takut kek jadi keras tapi bila dah masak ia ok…tidak la lembab sangat macam kat kedai tuh sampai lekat kat langit2…
  • Tuang dalam bekas pembakar yang telah digris dan bakar dalam oven 200c selama 1jam. Anda akan tau bila ia masak dari baunya nanti. Bau macam choklat nak hangus tu tanda ia masak ok…kalau setakat bau sedap choklat tu belum lagi.
  • Untuk hiasan puan2 bolih la belah kek tu mendatar jadi 2 bahagian dan sapu krim kat tengah2 dan lapik semula. Dan untuk bahagian atas sila ulang cara cara no 1 dan sapu atas kek…ertinya puan2 kene beli lebih la choklat tuh jadi 4 keping…kalau malas macam hamba belasah jer bila dah masak, tak payah nak hias2..
  • Amaran: jangan ikut cara hamba potong kek macam dalam gambar…buruk yang amat, tak senonoh…ade ke patut potong kek 4 segi, besar2 lak tuh! Sesuai dimakan masa tengok piala tomas…kalah pun tak kesah sebab kek sedap.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN