Bagaimana cara nak masak Kek Buah Keju?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Buah Keju
Bagaimana cara nak masak Kek Buah Keju?
BAHAN-BAHAN
- 340 g buah-buahan campur
- ½ cawan jus oren
- 150 g krim keju
- 150 g mentega
- 150 g gula perang
- 4 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 180 g tepung gandum (diayak)
- 1 sudu teh baking powder (diayak)
Bahan A
Bahan B
CARA PENYEDIAAN
- Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet).
- Kacau rata semua bahan A sehingga sebati. Rendamkan selama 2-3 jam.
- Pukul krim keju, mentega, dan gula perang sehingga ringan dan gebu.
- Masukkan telur satu per satu dan esen vanila. Kacau rata.
- Masukkan tepung gandum dan baking powder berselang-seli dengan bahan A. Kacau sebati.
- Masukkan adunan di dalam loyang yang sudah dilapik dengan kertas pembakar (baking sheet).
- Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api bawah sahaja selama 1 jam ataupun sehingga adunan masak.
- Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.