Bagaimana cara nak masak Gulai Berempah Ikan Haruan?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai Berempah Ikan Haruan

Bagaimana cara nak masak Gulai Berempah Ikan Haruan?

BAHAN-BAHAN

  • 2 ekor ikan haruan (Dibersihkan dan dipotong kecil) 
  • 5 ulas bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 inci halia (Dihiris)
  • 1 sudu besar halba campur 
  • 5 tangkai daun kari 
  • 4 sudu makan serbuk kari ikan 
  • 1 cawan air (Dibancuh bersama asam jawa)
  • 1 sudu makan asam jawa  
  • 1 cawan santan pekat (½ kelapa) 
  • 5 biji terung telunjuk (Dipotong 2) 
  • 3 biji cili api hijau (Dihiris)
  • 2 biji cili api merah (Dihiris)
  • 1 cawan air 
  • 4 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau. 
    2. Masukkan serbuk kari dan sedikit bancuhan air asam jawa. Masakkan sehingga pecah minyak. 
    3. Masukkan lebihan air asam jawa, garam, dan santan. Biarkan mendidih. 
    4. Masukkan ikan, terung, cili api hijau, cili api merah. Sekiranya terlalu pekat, tambahkan sedikit air. 
    5. Kecilkan api dan biarkan mendidih sehingga pecah minyak. 
    6. Masukkan garam dan biarkan naik minyak sekali lagi, kemudian tutup api. 
    7. Sedia dihidangkan dengan nasi putih, nasi kukus, roti biasa, ataupun roti canai.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN