Resepi Chef Amer..antara cookies yg digemari anak2..Meriah dengan bahan2 yg pelbagai..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Famous Amer Chocolate Chips Cookies

Resepi Chef Amer..antara cookies yg digemari anak2..Meriah dengan bahan2 yg pelbagai..

BAHAN-BAHAN

  • 250g mentega
  • 70g gula halus
  • 80g gula perang
  • 1/2 camt esen vanila
  • 1biji telur & 1 biji kuning telur
  • 60g badam / walnut cincang (panggang sebentar) – saya guna badam hiris itu yg ada di dapur, baki raya.
  • 40g oat ( anak tak suka saya tak letak – tapi lebih berkhasiat jika letak oat)
  • 250g cip coklat
  • BAHAN AYAK
  • 300g tepung gandum
  • 10g serbuk koko ( saya kurangkan sikit )
  • 1/2 camt serbuk penaik & 1/2 camt soda bikarbonat
  • 50g susu tepung
  • Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega, gula, gula perang dan vanila hingga sebati dengan senduk kayu
  • Masukkan telur dan kuning telur dan pukul lagi sebati
  • Masukkan campuran tepung di ayak sedikit-sedikit sambil di kacau rata.
  • Satukan kekacang, oat dan coklat chip dalam bekas lain dan masukkan sedikit2 ke dalam adunan. Gaul sebati.
  • Sudukan adunan di atas dulang pembakar. (Panaskan oven terlebih dahulu sebelum sudukan adunan)
  • Bakar dalam ketuhar (170C selama ~ 20 minit atau hingga masak)
  • Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN