Satu lagi koleksi dessert ringkas dan sedap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Choc Pudding

Satu lagi koleksi dessert ringkas dan sedap.

BAHAN-BAHAN

  • 10 g serbuk agar-agar
  • 2 cawan air (500 ml)
  • 1 cawan susu segar (250 ml)
  • 3/4 cawan serbuk minuman coklat(less sugar) + sedikit air panas (dibancuh)
  • 3/4 cawan gula pasir (kalau serbuk coklat dah manis, kurangkan sukatan gula)
  • 1 sk esen vanilla @ 1/4 sk serbuk kulit kayu manis (optional)
CARA PENYEDIAAN
  • Didihkan air bersama serbuk agar-agar dan gula.
  • Masukkan susu segar dan bancuhan serbuk coklat. Didih dgn api kecil. gambar menunjukkan contoh serbuk minuman coklat. Ada satu lg serbuk coklat yg slalu dyg guna utk buat puding ni ialah ‘Cocoa Rich 365 days’.
  • Masukkan serbuk kulit kayu manis atau esen vanilla. Kacau sebati. Tutup api. Tapiskan dan tuangkan ke dalam bekas/loyang yg bersesuaian. Sejukkan seketika sebelum disimpan ke dlm peti sejuk.
  • untuk topping/ganache jika suka bolehlah cuba resepi ini :40 gm coklat masakan + 1 sudu besar butter + 1/4 cawan susu segar/air. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan panaskan sambil dikacau sehingga pekat.
  • Keluarkan puding dari peti sejuk. Tuangkan ganache di atasnya. Bila dah sejuk, bolehlah dipotong. Selamat Mencuba!
  • ***kalau xde serbuk minuman coklat, bolehlah digantikan dgn milo, serbuk coklat biasa, atau koko. Ikutlah ape yg ade dlm stok. Tapi kenalah adjust dgn gula yer supaya tak terlebih pahit, tawar dsb.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN