Anak2 saya suka sangat makan siew mai. kalau nak beli instant nyer tak puas.. jadi saya buatlah, muai sikit.. senang je buat..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

::Chicken Siew Mai::

Anak2 saya suka sangat makan siew mai. kalau nak beli instant nyer tak puas.. jadi saya buatlah, muai sikit.. senang je buat..

BAHAN-BAHAN

CARA PENYEDIAAN
  • Bahan-bahan :
    500g ayam, dicincang
    100g isi udang, dicincang
    1 sudu besar tepung jagung
    1 sudu kecil minyak bijan
    1/2 sudu kecil serbuk lada putih
    1 sudu kecil gula halus
    1 sudu kecil kicap cair
    1/2 sudu kecil garam (atau secukup rasa)
    lobak di dadu kecil-kecil buat hiasan dia atas siew mai
    *kulit wanton

    Cara-cara

    Gaulkan semua bahan-bahan kecuali yang bertanda * sehingga sebati. Perap selama 30 minit.
    Letak 1 sudu besar ayam yang telah diperap ke atas sekeping kulit wanton. Rapatkan sekelilingnya dan letak lobak yg di dadu di atasnya. Ulang sampai habis..
    Kukus degan api besar selama 10-15 minit. Sedap dimakan panas-panas.

    Kulit wanton boleh di beli di supermarket. selalunyer dekat tempat tahu, fishball..

    Selamat mencuba..

  • Klik untuk isi cara-cara di sini

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN