masakan nie nurul tiru macam masakan barat, cuma ikut nurul punya stail… yang penting sedap dan agak mudah untuk disediakan.. sesuai dimakan beramai-ramai bersama keluarga..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Chicken Mushrooms Spageti

masakan nie nurul tiru macam masakan barat, cuma ikut nurul punya stail… yang penting sedap dan agak mudah untuk disediakan.. sesuai dimakan beramai-ramai bersama keluarga..

BAHAN-BAHAN

  • sebungkus spageti (direbus)..
  • 2/4 ekor ayam bahagian dada dicincang(daging sahaja)
  • 1 tin cendawan butang (dicincang)
  • 8 tangkai cili kering dikisar
  • 4 biji buah tomato (dicincang)
  • 1 biji bawang besar dan 5 ulas bawang putih dicincang
  • serbuk lada hitam, garam, gula
  • daun bawang (daun hijau untuk hiasan dan yang warna putih dan merah diasingkan untuk kuahnya)
  • 3 sudu sos tomato
  • 2 atau 3 sudu tepung jagung(dibancuh)
CARA PENYEDIAAN
  • pertama sekali panaskan minyak.. masukkan bawang, hujung daun bawang yang warna putih dan merah, tomato yang dicincang… tumis sampai bahan tersebut agak kekuningan..
  • selepas itu, masukkan lada hitam yang telah dikisar tadi.. naik bau masukkan sos tomato dan juga cili kering yang telah dikisar bersama gula dan garam secukupnya.
  • sambal dah masak,masukkan daging ayam dan juga cendawan yang dicincang tadi… gaul rata..
  • jika ingin lebih kuah tambahkan sedikit air.. pekatkan kuah tersebut dengan air bancuhan tepung jagung tadi..
  • didihkan kuah tadi.. letakkan sedikit daun bawang kedalamnya bagi menambah warna.. jangan lupa merasa masakan anda.. pastikan secukup rasa.. dah cukup semuanya matikan api kuah tadi.
  • hidangkan kuah tadi bersama mee spageti yang telah direbus… (sepinggan sahaja:1 orang makan) curahkan kuahnya diatas me bersama daun bawang sebagai hiasan.. siap untuk dimakan!!
  • SELAMAT MENCUBA!!!
  • ps: nak lagi sedap sebelum letak kuah tue, mee spageti tadi dicampur sedikit dgn prego cheese herbs yg dlm tin tue.. digaulkan bersama tau.. lepas tue baru letak kuah tadi kat atas.. mesti meletup pnye lah!!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN