Resepi cari dekat internet lepas nampak sorg peserta Masterchef Australia buat. Sejenis pai asal dari Amerika.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Banoffee Pie

Resepi cari dekat internet lepas nampak sorg peserta Masterchef Australia buat. Sejenis pai asal dari Amerika.

BAHAN-BAHAN

  • 250g digestive biscuit
  • 125g mentega (dicairkan)
  • 2 biji pisang
  • 1 tin susu pekat dijadikan dulce le leche (boleh rujuk resepi beldandy)
  • 1/2 cawan gula kastor (boleh tambah atau kurangkan ikut selera)
  • sedikit serbuk kopi 3in1 sebagai hiasan (saya pakai nescafe 3in1)
  • 200ml krim
CARA PENYEDIAAN
  • Hancurkan digestive biscuit sehingga halus (boleh pakai blender)
  • Campurkan mentega yang telah dicairkan tadi dan kacau hingga sebati
  • Tuangkan adunan biskut dengan mentega ke dalam loyang dan tekankan sehingga mampat (saya guna bekas kaca 3×6cm). Pastikan loyang telah dilapikkan dengan baking paper supaya senang dikeluarkan nanti. Boleh juga pakai spring foam
  • Letakkan adunan tadi ke dalam peti ais.
  • Sementara tunggu base biskut tadi agak keras, boleh hiriskan pisang dan siapkan dulce le leche. Resepi dulce le leche saya ikut cara Beldandy :)
  • Pukul krim dengan gula sampai dapat soft peak
  • Sapukan satu lapisan nipis dulce le leche di atas base biskut tadi diikuti dengan hirisan-hirisan pisang. Tuangkan lebihan dulce le leche di atas lapisan pisang. Kemudian letakkan krim sebagai lapisan akhir.
    *Kalau dulce le leche tu agak cair keraskan sedikit kat dalam peti ais baru letak krim
  • Akhir sekali taburkan serbuk kopi segera kat atas krim sebagai hiasan dan tambahan perisa dan masukkan pai ke dalam peti ais semalaman

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN