Resepi yang saya kongsi ni resepi keluarga ; turun temurun daripada atuk saya . Tempoh memasak dalam 45 minit – 1 jam
Boleh dimakan dengan nasi putih atau pun nasi impit. Memang sedap kerana rasanya yang masam masin .
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ayam Sambal Berserai
Resepi yang saya kongsi ni resepi keluarga ; turun temurun daripada atuk saya . Tempoh memasak dalam 45 minit – 1 jam
Boleh dimakan dengan nasi putih atau pun nasi impit. Memang sedap kerana rasanya yang masam masin .
BAHAN-BAHAN
- 1/2 Ekor ayam (potong kecik-kecik)
12-15 biji cili kering (buang biji dan kisar)
5- 6 biji cili api ; kalau nak pedas tambah lagi (kisar)
1 biji bawang besar (kisar)
2 batang serai (dititik)
2 keping asam keping
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit minyak
CARA PENYEDIAAN
- 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan sedikit air untuk kuah
- 2. Bila kuah mendidih masukkan ayam yang dah dipotong kecil
- 3. Masukkan serai yang sudah dititik bersama asam keping
- 4. Kacau perlahan dan bila air hampir kering tambah air lagi. Ulangi langkah ini sampai kuah pecah minyak. Anggaran waktu masak dalam 1 jam dengan api sederhana
- 5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa dan sedikit serbuk kunyit
- 6. Bila dah sebati dan kuah pecah minyak boleh lah diangkat dan hidang
* Yang penting rasa masam, masin kene sebati.. Baru kaw! :) *
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.