sesuai dimakan bersama nasi putih, nasi minyak, nasi hujan panas, nasi serai dll…cicah roti pun best… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Prune Istimewa

sesuai dimakan bersama nasi putih, nasi minyak, nasi hujan panas, nasi serai dll…cicah roti pun best… :)

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ekor ayam – potong ikut suka
  • *20 tangkai cili kering
  • *1 biji bawang besar @ 8 biji bawang kecil
  • *5 biji bawang putih
  • * 1 inci halia
  • *1 sudu kecil jintan manis
  • *1 sudu kecil jintan putih
  • *15 gm kacang badam @ gajus
  • *5 – 7 biji dry prune
  • *1 sudu besar kismis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 batang bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga lawang
  • 1 cawan susu cair / santan pekat
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 3 sudu besar sos cili
  • gula
  • garam
  • 1 biji bawang besar – dihiris kasar
CARA PENYEDIAAN
  • goreng ayam 1/2 masak. ketepikan sebentar.
  • kisar bahan² bertanda (*) hingga halus
  • panaskan minyak secukupnya untuk menumis. setelah minyak panas, masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang. tumis seketika hingga wangi.
  • masukkan bahan² yang telah diblender tadi & tumis hingga garing.
  • setelah garing, masukkan susu cair @ santan, kicap manis dan sos cili. kacau seketika dan terus masukkan ayam. masak hingga pekat.
  • perasakan dengan garam dan gula (rasanya mesti ada rasa sedikit pedas,masam dan manis. )
  • setelah hampir pekat, masukkan bawang besar yang dihiris kasar. balik²kan hingga bawang tersebut layu. matikan api & sedia utk dihidang… :)
  • p/s: boleh juga masukkan sedikit kacang gajus sebiji² yang telah disangar terlebih dahulu…. selamat mencuba !~ :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN