Kari kering.

Resepi asal oleh Puan Maria Hakem.

Sumber:http://salamisimon1.blogspot.com/2013/01/ayam-masak-kari-pakistan.html

Olahan: Nona Nani

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Masak Kari Pakistan

Kari kering.

Resepi asal oleh Puan Maria Hakem.

Sumber:http://salamisimon1.blogspot.com/2013/01/ayam-masak-kari-pakistan.html

Olahan: Nona Nani

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam dipotong 16
  • 4 biji bawang besar ~ dicincang
  • 4 biji tomato merah ~ dicincang
  • 1 sudu makan halia kisar
  • 1 sudu makan bawang putih kisar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 2 sudu puri tomato (bahan yg saya tambah)
  • 1 sudu kecil garam masala ~ klu takde tak perlu bubuh
  • 2 sudu besar yogurt asli
  • 1/4 cawan minyak
  • 1/4 cawan minyak sapi (bahan yang saya tambah)
  • garam dan gula
  • Hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak masak dan minyak sapi.
  • Tumis bawang besar sehingga layu dan kekuningan
  • Masukkan tomato cincang dan puri tomato, dan terus tumis sebati.
  • Masukkan pes halia dan bawang putih, serbuk cili, serbuk ketumbar, garam masala dan serbuk kunyit. Terus menumis sehingga tomato hancur.
  • Masukkan ayam, kacau rata. Tak perlu tambah air sebab ayam akan keluarkan airnya sendiri.
  • Kacau sebati, masukkan 2 sudu besar yogurt. Kacau lagi sehingga ayam masak dan kuah sedikit kering.
  • Hidangkan bersama taburan cili padi dan daun ketumbar.
    Selamat mencuba, insyaAllah sedap.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN