Resipi sendiri
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Asian
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ayam Kicap Daun Kari
Resipi sendiri
BAHAN-BAHAN
- 500 gm ayam segar (basuh & toskan)
- 5 ulas bawang putih (tumbuk halus)
- 2 cm halia (tumbuk halus)
- 2 btg serai (tumbuk halus)
- 6 tangkai cili kering (kisar halus)
- 6 ulas bawang merah (mayang)
- 10 helai daun kari.
- 2 sudu makan kicap manis
- 6 sudu sos cili
CARA PENYEDIAAN
- Gaul ayam dgn bahan tumbuk, cili kisar, serbuk kunyit, kicap manis selama 30 minit.
- Tumis bawang merah hingga wangi. Masukkan ayam yg telah diperap tadi dan gaul. Kemudian masukkan daun kari, gaul dan tutup selama 5 min.
- Masukkan 1 cawan air dan biarkan selama 10 minit. Masukkan kicap masin dan sos cili. Masaklah ayam sehingga kuahnya agak pekat. Jika suka tambah aji-no-moto sedikit.
- *Sedap dimakan dengan nasi putih.
*Mudah dan ringkas…..cubalah dan sila respon..tq.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.