Tgh rindu masakan mak. 30min boleh siap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam pedas pari & bendi

Tgh rindu masakan mak. 30min boleh siap.

BAHAN-BAHAN

  • 500g ikan pari
  • 6-8 tangkai bendi
  • 4-5 keping daun limau purut
  • 1 cawan air asam jawa
  • 2 cawan air
  • minyak masak secukupya
  • garam secukupnya
  • *12-15 tangkai lada kering (rendam dalam air panas hingga lembut)
  • *2 ulas bawang besar
  • *4 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • *1 inci kunyit hidup
  • *belacan sebesar ibu jari
CARA PENYEDIAAN
  • Potong pari saiz sederhana, cuci & ketepikan.
  • Kisar bahan-bahan bertanda *.
  • Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar hingga wangi & berwarna merah gelap/pekat.
  • Masukkan air, tunggu didih & masukkan pari & daun limau purut.
  • Tunggu hingga ikan pari mula masak (daging berwarna putih), masukkan air asam jawa.
  • Kemudian masukkan bendi. Tambah garam mengikut rasa & hidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN