Apam gula hangus yang lembut walaupon tanpa telur.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Apam Karamel Tanpa Telur™

Apam gula hangus yang lembut walaupon tanpa telur.

BAHAN-BAHAN

  • 150 g gula pasir
  • 250 ml air
  • 150 g tepung gandum*
  • 1 sk baking powder*
  • 1/2 sk bicarbonate of soda*
  • 75 g gula halus(kurangkan jika tak makan dgn kelapa putih)
  • 2 sb susu sejat
  • 2 sb mentega cair
  • 1 sk esen vanilla
  • sedikit minyak masak untuk mengoles acuan lompang
  • kelapa parut putih dikukus dengan sedikit garam dan daun pandan.
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan gula hangus dgn menggoreng gula pasir hingga kecoklatan dan tuang air sedikit2 hingga cair.Sejukkan.
  • Ayak bahan2 bertanda* ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan gula halus.Tuangkan air gula hangus sedikit2 dan kacau rata.Masukkan susu,esen dan mentega cair dan kacau lagi hingga sebati dan tak berbintil2.
  • Sapu acuan lompang dgn sedikit minyak dan panaskan di dalam kukusan sebentar.Tuang adunan 1/3 penuh acuan lompang.Kukus selama 10-12 min.Angkat dan sejukkan.
  • Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN