resipi popia

Walaupun nampak mudah, namun resipi popia ini boleh dikatakan tricky untuk dibuat. Silap langkah, boleh terburai isi popia ketika menggoreng.

Oleh itu, anda ikut sahaja resipi serta cara penyediaan di bawah ini. Kami yakin, popia anda akan dimasak dengan sempurna tanpa terbocor dari kulit!

Selain itu walaupun sedap dimakan sewaktu panas-panas. kudapan ini tetap rangup dan sedap meskipun sudah sejuk! Nak tahu macam mana, jom baca resipi lengkap di bawah ini.

Baca lagi: Udang Sweet Sour Paling Ringkas, Tak Letak Garam Pun Rasa Harmoni!

RESIPI POPIA ASIA

Bahan-Bahan:

  • 1 lb daging cincang (daging ayam, lembu, atau pilihan sendiri)
  • 2 cawan lobak merah, dihiris halus atau disagat
  • 160g mi sohun (vermicelli), direndam
  • 2 cawan kubis, dihiris halus
  • ¾ cawan bawang besar, dicincang halus
  • 4 cendawan shiitake, dicincang halus
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh gula
  • 25 keping kulit popia
  • 3 cawan minyak masak (neutral seperti minyak sayuran atau canola)

Pes Tepung (untuk melekatkan popia):

  • 1.5 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar air

Cara-Cara:

1. Hiris halus atau sagat lobak merah dan kubis. Cincang halus bawang besar dan cendawan shiitake.

2. Rendam mi sohun dalam air panas sehingga lembut. Setelah itu, bilas dengan air sejuk, toskan, dan gunting kepada kepingan pendek agar senang dicampurkan.

3. Dalam mangkuk besar, masukkan daging cincang, sayur-sayuran yang disediakan, mi sohun, telur, garam, lada hitam, dan gula. Gaulkan semua bahan hingga sebati. Untuk memastikan rasa, ambil sedikit dan masak untuk mencuba. Sesuaikan perasa jika perlu.

4. Dalam mangkuk kecil, campurkan tepung gandum dengan air sehingga menjadi pes yang pekat. Pes ini akan digunakan untuk melekatkan kulit popia agar kemas dan tidak terbuka semasa digoreng.

5. Ambil sehelai kulit popia dan letakkan sedikit inti di tengahnya. Gulung seperti menggulung burrito, dan lekatkan hujung kulit popia dengan pes tepung.

6. Panaskan minyak. Goreng popia sehingga keemasan dan rangup di luar.

7. Angkat popia dan toskan minyak. Hidangkan popia dengan sos pencicah kegemaran atau potong kecil untuk ditambahkan dalam salad.

Selamat mencuba!

Sumber: 2day’s Delights

Baca lagi: Resipi Siakap Sweet Sour Yang Sangat Ringkas & Lazat, Tak Perlu Letak Garam Gula!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN