resepi pad thai

Resepi Pad Thai ini sangat sedap dan mudah. Oleh sebab itu menu ini sangat popular kalangan penjual-penjual makanan jalanan di Thailand. 

Pergilah ke daerah mana-mana pun di negara gajah putih, pasti anda boleh mendapatkan hidangan ini dengan mudah.

Jika anda teringin nak rasa tapi entah bila dapat berkunjung ke negara Thailand, jom cuba masak sendiri pad Thai di rumah.

Baca juga: Resipi Tomyam Putih Asli Thai Tanpa Guna Pes Segera, Dijamin Hirup Kuah Sampai Licin!

Resepi Pad Thai Ala Makan Di Thailand

Bahan-bahan:

  • 1 paket mi pad thai direndam dengan air panas (boleh ganti guna kuetiau halus)
  • 6 bawang putih – dicincang
  • 1 keping tauhu – didadu dan digoreng
  • 10 ekor udang segar
  • Daun bawang – dipotong panjang
  • 1 mangkuk taugeh
  • 2 biji telur – dipukul sedikit
  • 3 sdb lobak masin -hiris kecil

Bahan-bahan sos paad thai:

  • Air asam jawa
  • Gula melaka/gula perang
  • Sos ikan thai

Bahan-bahan tabur:

  • Kacang tanah goreng – ditumbuk kasar
  • Chilie flaked & hirisan daun ketumbar/sup

Cara-cara menggoreng:

1. Satukan bahan-bahan sos pad Thai. Pastikan rasa masin, masam dan manisnya seimbang. Ketepikan.

2. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan udang dan masak seketika.

3. Masukkan phad thai, taugeh, tauhu goreng, daun bawang, lobak masin dan tuangkan sos pad thai tadi. Kemudian gaul rata.

4. Ketepikan pad thai, tuang telur dan kacau hingga telur masak garing. Selepas itu gaul sehingga semuanya sebati.

resepi pad thai

5. Tabur chilli flakes, kacang tanah tumbuk, hirisan daun ketumbar dan hirisan limau nipis semasa menghidang pad thai goreng. Selamat mencuba!

resepi pad thai

Kredit resipi dan gambar: Rozmaliza Omar

Baca juga: Resipi Sup Daging Thai ‘Padu’, Masak Tanpa Guna Minyak & Tanpa Tumis

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN