resipi nasi daging

Hujung minggu ini marilah kita rajinkan diri untuk mencuba resipi nasi daging air asam. Tekstur nasi ini sangatlah lembut kerana menggunakan air rebusan daging dan rempah.

Jangan lupa untuk buat sekali air asam kerana jika digabungkan dengan nasi daging dan kuah sup, menjadikan hidangan ini terlalu sedap dan menyelerakan.

Kami janji, resipi perkongsian oleh Encik Nazri Mat Zain ini pasti akan menjadi dan anda pasti puas hati!

Baca lagi: Tip Masak Nasi Briyani Elok Berderai, Guna Cara Chef Papa Ini

RESIPI NASI DAGING AIR ASAM

Bahan-bahan untuk Nasi Daging:

  • 1 1/2 kg daging lembu – dipotong dan dibersihkan
  • Air untuk merebus daging (lebihkan sedikit air)
  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih)

Bahan Beras:

  • 3 pot susu beras Basmathi Jasmine Pusa Cream (gunakan pot susu untuk sukat air)
  • Air untuk merendam beras (rendam selama 10 minit, kemudian toskan)

Bahan Tumisan:

  • 2 biji bawang besar – dihiris
  • 5 ulas bawang putih – dihiris
  • 100g halia – dipotong seperti batang mancis
  • 2 biji tomato – dipotong dadu
  • Rempah 4 sekawan
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 paket kecil rempah kurma
  • 1 paket kecil rempah kari daging (bancuh dengan air)

Cara Penyediaan Nasi Daging:

1. Rebus daging dengan air yang mencukupi bersama rempah 4 sekawan sehingga daging hampir lembut. Tutup api dan ketepikan. Simpan air rebusan daging untuk digunakan dalam masakan nasi nanti.

2. Basuh beras Basmathi dan rendam selama 10 minit. Selepas itu, toskan beras untuk digunakan.

3. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, dan rempah 4 sekawan sehingga garing.

4. Masukkan bancuhan rempah kurma dan rempah kari daging, kemudian masak sehingga pecah minyak. Tutup api.

5. Masukkan beras yang telah ditoskan ke dalam periuk nasi (rice cooker). Tuangkan rempah yang telah ditumis tadi ke atas beras. Tambahkan 1/2 tin susu cair dan 3 tin air rebusan daging.

6. Masukkan garam, gula, dan serbuk perasa secukup rasa. Masukkan daging yang telah direbus tadi bersama daun pandan untuk aroma yang wangi. Hidupkan suis periuk nasi dan masak sehingga nasi masak sempurna.

Bahan untuk Kuah Sup:

  • Air rebusan daging yang disimpan
  • 2 biji kiub pati lembu
  • Garam, gula, dan serbuk perasa secukup rasa
  • Tumis darat: 1 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih, dan halia secukupnya (ditumis garing)

Cara Penyediaan Kuah Sup:

1. Panaskan air rebusan daging. Masukkan kiub pati lembu dan perasakan dengan garam, gula, dan serbuk perasa secukup rasa.

2. Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sehingga garing, kemudian masukkan ke dalam kuah sup. Biarkan mendidih seketika.

Bahan untuk Air Asam:

  • 3 biji cili merah besar
  • Segenggam cili api
  • 2 biji buah tomato – dipotong dadu
  • 2 biji bawang besar
  • 1/4 biji belacan – dibakar
  • Asam jawa secukupnya
  • Garam, gula, dan serbuk perasa secukup rasa
  • Air masak
  • 2-3 sudu besar kerisik

Cara Penyediaan Air Asam:

1. Ramaskan semua bahan-bahan bersama air masak sehingga sebati.

2. Masukkan kerisik dan ramas lagi sehingga cukup rasa. Air asam sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Nazri Mat Zain

Baca lagi: Resipi Ayam Goreng Berempah Yang Wangi, Ikut Cara Ini Supaya Banyak Serdak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN