PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-14 02:33:17

Selalu bila membeli belah di Pasaraya Aeon, pasti ramai yang akan bersinggah di Food Court untuk menjamu laksanya yang menyelerakan! Kuahnya yang sangat pekat dan padu menjadikan menu ini popular dalam kalangan pengunjung pasaraya Aeon, Bagi yang ingin cuba membuat laksa yang lebih kurang sama rasanya dengan laksa di Aeon, ini ada cara-caranya. Anda sudah tidak perlu susah-susah berkunjung ke sini hanya untuk menjamu laksanya. Ikuti perkongsian resipi ini dari Hajal Aishah Zakirai menerusi laman Facebook.


Kredit: Hajal Aishah Zakirai

Bahan-bahan:

  • 3 biji Bawang
  • Belacan
  • Pes asam
  • 1 tin sardin (bersama sosnya)
  • 1 tin sardin (dibuang sosnya)
  • Asam keping
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Garam dan gula secukupnya
  • Perasa
  • Fishball (atau boleh tambah hiasan lain mengikut citarasa sendiri)


    Kredit: Hajal Aishah Zakirai

 

Cara-cara:

  1. Masukkan bawang, belacan, pes asam pedas ke dalam pengisar. Kemudian masukkan 2 tin sardin yang telah disediakan tadi ke dalamnya. Kisar sehingga semua bahan halus.
     
  2. Setelah siap mengisar, masukkan semua bahan kisar tadi ke dalam periuk. Kemudian masukkan asam keping, bunga kantan dan daun kesum.
     
  3. Masukkan air mengikut kepekatan yang diingini dan masak sehingga mendidih.


    Kredit: Hajal Aishah Zakirai
     

  4. Apabila sudah mendidih, masukkan garam dan gula secukupnya bersama dengan perasa. Kemudian masukkan fishball yang disediakan tadi dan kemudian kacau kuah hingga sebati.


    Kredit: Hajal Aishah Zakirai

  5. Kemudian masukkan hiasan atas laksa. Untuk hiasan, terpulang mengikut citarasa sendiri


    Kredit: Hajal Aishah Zakirai
     

Siap untuk dihidang!


Kredit: Hajal Aishah Zakirai

Mudah dan cepat kan cara membuat kuah laksa ni? Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN