Resipi kuih seri muka

Resipi kuih seri muka ini jika di Utara lebih dikenali sebagai pulut sekaya. Ia mempunyai dua lapisan yang berbeza tekstur. Sangat sesuai untuk anda cuba buat di rumah.

Lapisan bawah kuih seri muka diperbuat daripada pulut yang dimasak bersama santan. Tekstur pulut yang lembut dan melekit memberikan rasa gurih, terutama dengan tambahan sedikit garam yang seimbang.

Lapisan atas pula mempunyai rasa yang lemak manis dengan aroma pandan yang harum.

Jom lihat resipi penuh di bawah ini.

Baca lagi: Resipi Nasi Goreng Cili Kering Tanpa Sayur, Tambah ‘Bahan Ini’ Rasa Lagi Nikmat!

RESIPI KUIH SERI MUKA

Bahan-bahan untuk Lapisan Bawah (Pulut):

  • 2 ½ cawan pulut (boleh tambah hingga 3 cawan jika suka lebih pulut)
  • 1 cawan santan
  • 2 cawan air
  • ¾ sudu besar atau ½ sudu besar garam
  • 2 sudu besar minyak

Cara Penyediaan Lapisan Bawah:

1. Campurkan pulut, santan, air, garam dan minyak. Kacau hingga sebati.

2. Kukus adunan selama 25-30 minit.

3. Keluarkan, ratakan pulut dan kukus semula selama 5 minit lagi.

Bahan-bahan untuk Lapisan Atas (Pandan):

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan penuh gula
  • 3 biji telur
  • 1 cawan santan
  • 2 cawan air pandan
  • Garam secukup rasa
  • Pewarna kuning dan hijau (untuk menaikkan warna)
  • Esen vanila (jika suka)

Cara Penyediaan Lapisan Atas:

1. Satukan semua bahan, kacau hingga sebati, dan tapis adunan tersebut.

2. Masak sekejap di atas api perlahan, tetapi jangan kacau terlalu kuat supaya tidak banyak buih.

3. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.

Sumber: Adilah Said

Baca lagi: Ini Rahsia Cara Masak Air Gula Yang Pekat & Wangi, Boleh Buat Untuk Kenduri Atau Berniaga!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN