kuih bunga pudak

Kuih bunga pudak merupakan kuih tradisi masyarakat di negeri Kedah Darul Aman. Setiap kali pergi ke negeri ni mesti tercari-cari kuih ni.

Nak pergi sana agak susah kan? Jadi jom cuba resipi yang dikongsi oleh Nur Shuhaida ini pasti menjadi dan paling penting ia dapat menjimatkan kos untuk pergi ke sana.

Resipi Kuih Bunga Pudak

Bahan inti:

  • 1 biji kelapa parut putih
  • 240gm gula
  • Garam secukup rasa
  • Perasa ros secukupnya
  • Pewarna merah secukupnya
  • Pewarna hijau secukupnya

Bahan kulit:

  • 240gm tepung pulut
  • 250ml air (zaza buat dalam 150ml je)
  • 1 sudu teh garam halus

Cara-cara:

  1. Untuk membuat bahan inti, bahagikan adunan kepada dua warna. Satukan bahan mengikut warna tersebut dan gaul sebati.
  2. Kemudian sangai di atas api sederhana. Kacau sehingga kering. Ketepikan.
  3. Untuk bahan B, gaulkan kesemua bahan di dalam mangkuk adunan dan biarkan selama 30 minit.
    * Air campur ngan garam kemudian renjis-renjiskan dalam tepung Sedit demi sedikit sampai abis, gaulkan dengan tepung sampai jadi macam serbuk roti.
  4. Setelah itu, panaskan kuali leper dengan api sederhana panas.
  5. Masukkan satu sudu makan adunan tepung ke dalam penapis dan ayak adunan menjadi bentuk bulat.
  6. Seterusnya sudu inti di tengahnya dan lipat menjadi bentuk empat segi. Biarkan seketika dan barulah diangkat.
  7. Akhir sekali, ulangi proses sehingga adunan habis.
  8. Siap untuk dihidang.

kuih bunga pudak

Kuih bunga pudak ni merupakan kuih turun temurun jadi memang susah nak dapat yang sedap. Bila dah cuba resipi ni jangan lupa kongsi kepada yang lain.

Baca juga:

Lebihan Nasi Jangan Dibuang, Boleh Buat Apam Nasi Yang Lembut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN